Kini, Anda Boleh Menjalankan Mac OS Versi Dulu Pada Peranti Android Anda

Kini, Anda Boleh Menjalankan Mac OS Versi Dulu Pada Peranti Android Anda

Diterbitkan pada Dis 21, 2012 oleh .

Mac OS - AndroidIngatkah lagi anda dengan versi awal sistem operasi Mac, yang mana didatangkan dengan warna monochrome? Kini, sekiranya anda berminat, boleh menjalankan dan menggunakannya pada peranti Android anda dengan mudah dan juga percuma.

Perkara ini dijayakan dengan menggunakan emulator Mini vMac bersama-sama dengan beberapa fail khas daripada pembangun yang dikongsikan melalui forum XDA-Developer.

Ianya amat mudah untuk dijalankan, namun tiada sebarang perkara yang boleh dilakukan menggunakannya, selain daripada memainkan beberapa permainan klasik dan juga membuat pengeditan dalam bentuk teks.

Bagi mereka yang ingin mencubanya, anda hanya perlu memuat-turun Mini vMac daripada Google Play Store, dan kemudiannya memuat-turun fail khas daripada XDA-Developer, dan memasukkannya pada peranti anda, dan mula menggunakannya pada peranti Android.


TIPS & ULASAN