DiGi Mempunyai Kadar Terputusnya Panggilan Yang Agak Tinggi Ketika Bergerak

DiGi Mempunyai Kadar Terputusnya Panggilan Yang Agak Tinggi Ketika Bergerak

Diterbitkan pada Dis 21, 2012 oleh .

Kadar panggilan terputus ketika bergerak boleh dikatakan agak tinggi dikalangan pengguna tempatan, dan terkini, SKMM telah pun mengeluarkan laporan pertengahan tahun pertama 2012, memperlihatkan perbandingan antara Maxis, Celcom dan juga DiGi dalam kadar panggilan terputus.

SKMM sendiri melakukan ujian dengan membuat panggilan dalam keadaan bergerak di beberapa lokasi utama seluruh negara, dan kini menerbitkan laporan tersebut mengikut setiap negeri, sekaligus membolehkan para pengguna membuat perbandingan dan memilih syarikat telekomunikasi yang terbaik mengikut lokasi mereka.

Drop Call Di Lembah Klang

Drop Call - Highway

Drop Call - Pasir Gudang

Drop Call - Sabah

Drop Call - Sarawak

Di Lembah Klang, ia kelihatan, DiGi mempunyai kadar terputusnya panggilan yang paling tinggi, dan diikuti oleh Celcom dan juga Maxis. Namun, di Sabah dan juga Sarawak, ia kelihatan DiGi mempunyai perkhidmatan yang agak baik berbanding pesaing lain.

Bagi para pengguna yang ingin mendapatkan laporan penuh, anda boleh memuat-turunnya mengikut lokasi dalam bentuk PDF daripada laman rasmi SKMM hari ini. SKMM turut mengatakan pada laporan mereka, yang mana hasil yang dipaparkan adalah berdasarkan pada sesuatu masa di sesuatu lokasi itu.

Muat-Turun Laporan Penuh SKMM Mengikut Lokasi Seluruh Malaysia


TIPS & ULASAN