Pelbagai gambar peranti BlackBerry 10 telah tertiris ke internet akhir-akhir ini, termasuk dengan video dan sebagainya. Terkini, dengan tarikh 30 Januari yang semakin hampir, sebuah gambar promosi tertiris, mengatakan ia mungkin dikenali dengan nama Z10.
Daripadanya juga, ia kelihatan ia akan hadir dalam dua warna, iaitu hitam dan juga putih.
Buat masa ini, peranti ini dikenali sebagai keluarga “siri-L”, dan spesifikasi penuhnya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Selain daripada peranti dengan skrin sentuh sepenuhnya, RIM juga dijangka akan memperkenalkan peranti QWERTY mereka pada acara pelancaran Blackberry 10 pada 30 Januari kelak.