Beberapa hari yang lepas, kita mendengar ura-ura berkenaan Nokia yang bakal hadir dengan tablet Windows RT, dan hari ini, Bloomberg pula melaporkan yang mana HTC turut sama akan hadir dengan peranti lebih kurang sama.
Tablet 7-inci dengan kebolehan membuat panggilan
HTC dikatakan sedang membangunkan dua peranti buat masa ini, iaitu tablet bersaiz 12-inci dan juga bersaiz 7-inci. Kedua-duanya dikatakan akan menggunakan Windows RT, dan apa yang menariknya adalah diperkatakan versi 7-inci kelak akan boleh digunakan untuk membuat panggilan.
Tablet daripada HTC ini dikatakan akan dilancarkan sekitar suku tahun ketiga tahun hadapan, dan akan menggunakan cip pemprosesan dariapda Qualcomm.