Huawei boleh dikatakan mengeluarkan telefon pintar yang agak menarik dan berkualiti untuk harga jualannya, dan terkini, hari ini, mereka telah pun melancarkan tiga peranti baru untuk pasaran Malaysia.
Harga Jualan Peranti Huawei Ascend Baru | |
---|---|
Ascend G330 | RM599 |
Ascend G600 | RM799 |
Ascend D1 Quad | RM1239 |
Tiga peranti terbaru yang dilancarkan adalah Ascend G330, Ascend G600 dan juga Ascend D1 Quad. Ketiga-tiganya menjalankan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan dikatakan oleh Huawei akan boleh dikemaskini kepada versi terbaru pada masa akan datang.
Huawei Ascend G330 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin bersaiz 4-inci WVGA, kamera 5-megapixel dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1500mAh. Ia dijual pada harga RM599 untuk pasaran Malaysia.
Huawei Ascend G600 pula menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin qHD bersaiz 4.5-inci , kamera 8-megapixel dan didatangkan bersama-sama bater berkapasiti 1900mAh. Huawei Ascend G600 ini didatangkan dengan tanda harga sebanyak RM799 untuk pasaran Malaysia.
Peranti utama mereka, Ascend D1 Quad pula didatangkan dengan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, skrin 4.5-inci dengan paparan HD, kamera 8-megapixel dan bateri berkapasiti 1800mAh. Peranti ini dijual pada harga RM1239 di Malaysia.
Ketiga-tiga peranti ini juga boleh didapati dengan harga promosi selama tiga hari ini, bermula hari ini sehingga 23 Disember melalui acara khas yang diadakan mereka di Taman Tasik Titiwangsa.