Lanjutan daripada perang paten diantara Nokia dan juga RIM sebelum ini, akhirnya hari ini kedua-duanya menamatkannya, apabila RIM bersetuju untuk membayar sejumlah wang, termasuk membayar yuran royalti untuk penggunaan paten milik Nokia.
Perjanjian kerjasama ini melibatkan paten berkaitan WLAN, yang mana digunakan pada peranti BlackBerry, dan beberapa yang lain yang digunakan pada peranti mereka.
Perang paten antara pengeluar peranti telah menjadi salah satu perkara kebiasaan akhir-akhir ini, dan membayar royalti merupakan salah satu perkara yang dipilih ramai untuk mengatasi daripada peranti mereka dilarang dijual dan sebagainya.
RIM dijangka akan memperkenalkan BlackBerry 10 pada Januari tahun hadapan, yang mana bakal menentukan masa depan syarikat tersebut.