Privasi dan laman sosial sering didebatkan ramai pengguna. Facebook sendiri menyediakan beberapa kawalan privasi untuk penggunaan laman sosial mereka, dan kini, dalam usaha untuk lebih memudahkan pengurusan, ia kelihatan mereka mula memperkenalkan sebuah menu khas untuk semua pengguna.
Berbeza dengan sedia ada, melalui menu biasa, ia memudahkan pengguna memahami apakah tetapan yang perlu diubah mereka untuk mengawal privasi di laman sosial tersebut.
Buat masa ini, hanya beberapa pengguna sahaja mula melihat penambahan menu baru pada laman Facebook, dan mungkin lebih ramai akan melihatnya dalam masa terdekat ini. Selain menggunakan menu tersebut, semua pengguna juga boleh mengakses halaman privasi di Facebook, dan mengawal pelbagai perkara daripada siapa dapat melihat info anda, sehinggalah penggunaan aplikasi berasaskan data Facebook di seluruh web.