Ubisoft Dilaporkan Berminat Untuk Membeli THQ

Ubisoft Dilaporkan Berminat Untuk Membeli THQ

Diterbitkan pada Dis 22, 2012 oleh .

THQTHQ merupakan salah satu penerbit permainan yang menghasilkan beberapa permainan popular seperti Company of Heroes, WWE dan pelbagai lagi. Namun, disebabkan dengan masalah kewangan, mereka telah memfailkan diri sebagai muflis dan kini dalam proses untuknya.

Kebiasaannya, THQ akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menerima bidaan untuk membeli syarikat dan sebagainya, sebelum diumumkan sebagai muflis. THQ sendiri pada awal minggu ini mengatakan mereka mempunyai tawaran untuk membeli aset, jenama dan juga francais permainan serta pelbagai yang lain, namun tidak mengatakan siapakah yang berminat itu.

Terkini, ia dilaporkan Ubisoft turut sama mungkin akan membuat tawaran untuk THQ, untuk memiliki segalanya.

Buat masa ini, Ubisoft tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, dan mungkin kita akan ketahui siapakah yang bakal mengambil-alih dan membeli aset THQ dalam tempoh kurang sebulan lagi.


TIPS & ULASAN