Sejak beberapa minggu yang lepas, pelbagai spesifikasi dan gambar awal untuk peranti baru RIM, dinamakan sebagai BlackBerry Z10 telah pun kelihatan di arena web. Dan untuk memberikan gambaran awal, spesifikasi yang diura-urakan dan tertiris, kini dikongsikan oleh CrackBerry.
Cip | Dwi-Teras 1.5GHz TI OMAP 4470 Qualcomm Snapdragon MSM8960 |
Skrin | 4.2-inci (1280×768) dengan 356PPI |
Kamera | 8MP (belakang) 2MP (hadapan) |
Memori | 1GB RAM |
Bateri | 1800mAh |
Lain-lain | NFC, mikro-SD, mikro-USB, mikro-HDMI-out, Bluetooth 4.0 LE |
BlackBerry Z10 merupakan peranti yang membawakan skrin sentuh sepenuhnya, dan kelihatan seperti tidak membawakan perbezaan yang drastik dari segi spesifikasi berbanding Dev Alpha yang telah diberikan kepada para pembangun seluruh dunia.
Namun, seperti biasa, semestinya pihak RIM mempunyai beberapa kejutan, dan mungkin versi akhirnya kelak berbeza sedikit daripada apa yang kelihatan.
RIM bakal membuat pengumuman dan pelancaran rasmi BlackBerry 10 pada 30 Januari kelak, dimana pada tarikh yang sama, mereka juga bakal mengumumkan peranti baru BlackBerry yang dinantikan para pengguna seluruh dunia.