Facebook Memperkenalkan Aplikasi Facebook Poke Untuk iOS

Diterbitkan pada Dis 22, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sebelum ini telah diura-ura akan hadir dengan aplikasi dengan fungsi seumpama SnapChat, dan hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan aplikasi terbaru mereka untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai Facebook Poke.

Facebook Poke

Facebook Poke bukan sekadar hanya sebuah fungsi yang membolehkan anda menegur rakan anda seperti yang terdapat di web, tetapi sebaliknya membawa ia ke sebuah tahap lagi, membolehkan anda menghantar mesej, gambar mahupun video kepada rakan-rakan anda.

Berbeza dengan Facebook Messenger, aplikasi baru ini lebih kepada kaedah sembang secara santai, dimana anda boleh menetapkan untuk sesuatu mesej itu hilang dalam masa 1,3,5 atau 10 saat. Selepas masa tersebut, mesej tersebut akan hilang sepenuhnya daripada aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna peranti iOS, anda boleh memuat-turunnya hari ini daripada AppStore. Ia masih tidak diketahui adakah ia akan hadir ke platform lain ataupun tidak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami