Google Dan Motorola Sedang Membangunkan Telefon Pintar Khas – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

Google Dan Motorola Sedang Membangunkan Telefon Pintar Khas – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 22, 2012 oleh .

Sejak pengambil-alihan Motorola oleh Google, perkara ini telah diperkatakan ramai, dan hari ini, WSJ melaporkan, mengatakan Google akan hadir dengan sebuah peranti khas yang akan bersaing dengan pelbagai peranti utama, termasuk iPhone dan lain-lain.

Buat masa ini, peranti ini dikenali sebagai “X” yang mana merupakan nama kod biasa untuk sesuatu produk baru. Selain daripada telefon pintar, Motorola juga dijangka akan hadir dengan tablet “X” selepas pelancarannya.

Peranti daripada Google-Motorola ini dikatakan akan diperkenalkan pada tahun hadapan, yang mana mereka sedang berusaha untuk membawakan beberapa ciri-ciri unik pada peranti tersebut, yang akan membezakannya berbanding beberapa peranti yang lain.

Selain daripada fungsi yang unik, ia juga dikatakan mereka sedang merancang untuk memperkenalkan peranti yang tahan lasak.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat sebuah kejutan khas daripada pihak Google pada acara tahunan – Google I/O, ataupun mungkin juga Google-Motorola merancang sebuah acara khas untuk memperkenalkannya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut daripada gergasi internet ini.


TIPS & ULASAN