Sehingga ke hari ini, pelbagai gambar peranti BlackBerry Z10 telah kelihatan yang membawakan skrin sentuh sepenuhnya. Tetapi bagaimana pula dengan peranti QWERTY daripada mereka? Kini, sebuah gambar awal dikongsikan, dikatakan sebagai bahagian belakang untuk peranti BlackBerry X10.
Buat masa ini, kesahihan perkara tersebut masih tidak diketahui. Pihak RIM sendiri masih belum memperlihatkan BlackBerry Dev Alpha C yang mana merupakan peranti ujian BlackBerry 10 untuk QWERTY. Hanya bahagian belakang sahaja diperlihatkan buat masa ini, dan semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah ia akan kelihatan dibahagian hadapan.
RIM bakal memperkenalkan BlackBerry 10 kepada umum pada 30 Januari 2013 ini, dimana bersama-sama dengan pengumumannya dua peranti baru pada tarikh yang sama.