Celcom Mula Menawarkan Samsung Galaxy Camera Pada Harga Serendah RM1499

Celcom Mula Menawarkan Samsung Galaxy Camera Pada Harga Serendah RM1499

Diterbitkan pada Dis 22, 2012 oleh .

Ketika pelancaran Galaxy Camera tempoh hari, ia didatangkan dengan kad-SIM Hotlink secara percuma, dan kini nampaknya, Celcom turut sama menawarkan pakej dan pelan khas untuk Samsung Galaxy Camera.

Samsung Galaxy Camera

Daripada pakej yang disediakan oleh Celcom, mereka menawarkan pilihan langganan selama 12 bulan atau 24 bulan dengan komitmen bulanan sebanyak RM48. Dengan langganan selama 24 bulan, ia membolehkan pengguna mendapatkan Samsung Galaxy Camera pada harga serendah RM1499.

Celcom Galaxy Camera

Bagi mereka yang tidak meminati sebarang komitmen, dan hanya ingin mendapatkan Galaxy Camera pada harga RM1899 daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

Samsung Galaxy Camera menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, kamera dengan sensor 16.3-megapixel, selain dilengkapi dengan lensa dengan zoom optikal sebanyak 21x dan juga sokongan rakaman 1080p menggunakannya.


TIPS & ULASAN