Di arena internet, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan anda untuk menetapkan sesuatu topik, dan mengumpulkan petisyen daripada pengguna yang lain. Mengambil konsep yang lebih kurang sama, kini sebuah perkhidmatan dilancarkan pembangun tempatan, dinamakan sebagai SuaraKami.
Daripadanya, sesiapa sahaja boleh memulakan sebarang topik dengan mudah. Namun, menurut pembangunnya, pengguna perlu mendaftarkan menggunakan akaun Facebook, dan untuk mengelakkan berlakunya spam mahupun petisyen tidak berkualiti dimulakan, mereka memastikan akaun Facebook tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang rakan.
Buat masa ini, memandangkan perkhidmatan ini masih baru lagi, maka petisyen yang terdapat padanya tidak banyak lagi, disamping beberapa halaman, seperti halaman Terma SuaraKami.com dan sebagainya yang masih tidak aktif sepenuhnya.
Walauapa pun, bagi yang berminat, boleh menyemak, dan mungkin boleh menggunakannya dalam mengumpul petisyen daripada pengguna lain dengan mudah.
- Info
- Layari : SuaraKami.com