Cari @ Amanz

Bagi sesetengah pengguna yang mempunyai akaun Flickr, mungkin adakalanya ingin mempamerkan gambar yang terdapat di Instagram ke akaun Flickr. Selalunya ia akan mengambil masa yang agak lama memandangkan perlu untuk dimuat-naik kembali dan sebagainya. Untuk memudahkan proses ini, salah satu perkhidmatan baru adalah Free The Photos.

FreeThePhotos

Free The Photos merupakan salah satu perkhidmatan percuma, dimana pengguna hanya perlu memberikan kebenaran kepada Instagram dan Flickr dengan hanya satu klik, dan seterusnya ia akan memulakan proses memuat-naik gambar dari Instagram ke akaun Flickr anda.

Segala gambar dari Instagram akan dimuat ke dalam sebuah Set baru dinamakan sebagai “Instagram” sekaligus memudahkan pengurusan gambar anda di Flickr.

Daripada penggunaan kami, ia kelihatan ia beroperasi dengan agak pantas, dan anda boleh menetapkan untuk menerima emel sebaik sahaja semua gambar Instagram anda selesai dimuat-naik ke Flickr.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Free The Photos dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd