Penerbit Filem Minecraft Menggunakan Konsep Beli Jika Suka – Menawarkan Ia Melalui Pirate Bay

Penerbit Filem Minecraft Menggunakan Konsep Beli Jika Suka – Menawarkan Ia Melalui Pirate Bay

Diterbitkan pada Dis 23, 2012 oleh .

Minecraft merupakan salah satu permainan popular yang diminati pengguna seluruh dunia. Ramai semestinya ingin mengetahui pelbagai kisah disebaliknya dan bagaimana ia dibangunkan. Untuknya, sebuah dokumentari khas telah dirakamkan dinamakan sebagai “Minecraft – The Story of Mojang”.

Menariknya mengenai dokumentari ini adalah dimana penerbitnya sendiri menawarkan dokumentari tersebut melalui Pirate Bay, membolehkan sesiapa yang berminat memuat-turun fail bersaiz 2.52GB tersebut, dan menontonnya terlebih dahulu.

Menurut pembangunnya melalui tawaran di Pirate Bay, mereka mengatakan ingin ataupun tidak, kelak ia akan tiba di sana, dan untuk mengatasinya, mereka sendiri menawarkan ia melalui laman Pirate Bay.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna berminat, mereka boleh menyokong ia dengan memuat-turun versi bebas DRM daripada laman jualan pada harga hanya $8.

Mungkinkah kelak lebih ramai penerbit akan menggunakan konsep yang sama?

Daripada beberapa komen awal pada laman Pirate Bay, ia kelihatan pengguna menyukai konsep tersebut, dan ramai mengatakan mereka akan membelinya sebagai usaha menyokong perkara tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui mengenai Minecraft, mungkin boleh turut memuat-turunnya daripada Pirate Bay, dan sekiranya menyukainya, jangan lupa menyokong mereka dengan membeli daripada laman jualan mereka.


TIPS & ULASAN