Cari @ Amanz

BBM VideoBBM Video telah menjadi salah satu perkara yang hangat dikatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dimana dilaporkan akan diintegrasikan bersama-sama dengan BlackBerry 10. Kini, sebuah paparan skrin baru hadir, dikatakan ia merupakan paparan untuk BBM Video.

BBM Video, secara asasnya, dijangka akan membolehkan para pengguna membuat panggilan video secara percuma (dengan menggunakan data internet) diantara pengguna BBM seluruh dunia.

Daripada paparan skrin yang diperlihatkan, ia menunjukkan BBM Video seperti digunakan pada BlackBerry Z10 yang telah tertiris gambarnya beberapa kali sebelum ini.

Bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya masih lagi tidak diketahui, dan apakah fungsi-fungsi tambahan yang bakal dibawakan oleh BBM Video juga menjadi tanda tanya.

BlackBerry 10 akan diumumkan oleh RIM pada 30 Januari 2013 kelak, dimana mungkin lebih banyak info berkaitan akan diketahui pada tarikh tersebut.

TIPS DARIPADA REX

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd