Dropbox Menguji Aplikasi Beta Untuk Android Dengan Fokus Terhadap Gambar

Dropbox Menguji Aplikasi Beta Untuk Android Dengan Fokus Terhadap Gambar

Diterbitkan pada Dis 23, 2012 oleh .

Dropbox baru-baru ini telah mengambil-alih dua syarikat yang memfokuskan perkomputeran awan dalam usaha untuk menjadi halaman setempat untuk perkhidmatan awan, dan kini kelihatan mereka sedang menguji aplikasi Android baru, dengan fokus yang lebih kepada gambar.

Aplikasi Dropbox untuk Android ini masih lagi pada peringkat beta, dimana sesiapa sahaja boleh memuat-turun fail APK-untuknya, dan menggunakannya pada peranti Android mereka.

Dropbox Beta Pada Android

Daripada aplikasi baru ini, ia membawakan beberapa perubahan kecil pada antaramuka, disamping memfokuskan kepada gambar. Ia membolehkan pengguna melihat gambar dengan mudah, disamping menguruskannya dalam bentuk album, ataupun berkongsi dengan rakan-rakan lain serta-merta.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mendapatkan fail APK untuknya hari ini, dan mengujinya sendiri pada peranti Android anda.

Muat-Turun fail APK untuk Dropbox


TIPS & ULASAN