Nokia N9 boleh dikatakan salah satu peranti yang agak unik, menggunakan sistem operasi MeeGo Harmattan padanya. Walaupun sistem operasinya menerima reaksi positifi daripada para pengguna, namun disebabkan Nokia tidak menyokongnya secara penuh, maka peranti tersebut tidak mendapat perhatian ramai.
Peranti ini telah dilancarkan pada tahun lepas, dimana dijual pada harga RM1799 ketika itu. Namun, kini dengan masa yang telah berlalu, peranti tersebut ditawarkan secara percuma oleh DiGi melalui pelan DG Smart Plan 68, dengan komitmen selama 12 bulan.
Sekiranya mengikut kiraan, maka pengguna akan membayar harga sebanyak RM816 selama 12 bulan langganan internet sebanyak 5GB, dan menerima peranti tersebut secara percuma.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui adakah Jolla akan mengeluarkan Sailfish mereka untuk N9 (secara tidak rasmi) ataupun sebaliknya. Namun, bagi mereka yang gemar mengodek peranti mereka, mungkin boleh mendapatkan Nokia N9 ini dan memasang Android, FirefoxOS ataupun sistem operasi lain padanya.