Aplikasi Instagram Kini Menyokong Bahasa Malaysia – Menambah Efek “MayFair”

Aplikasi Instagram Kini Menyokong Bahasa Malaysia – Menambah Efek “MayFair”

Diterbitkan pada Dis 23, 2012 oleh .

Instagram, selepas mengubah kembali terma polisi mereka kepada versi asal, kini turut sama membawakan beberapa penambahan baru pada pada aplikasi Android dan iOS mereka, dimana salah satunya adalah penambahan sokongan bahasa Malaysia padanya.

Untuk aplikasi Instagram, tetapan bahasa bergantung kepada penggunaan bahasa pada peranti anda, dimana sekiranya ingin mengubah penggunaan bahasa kepada bahasa Malaysia di Instagram, maka anda perlu mengubah tetapan bahasa keseluruhan untuk peranti Android atau iOS anda.

Selain daripada penambahan beberapa bahasa baru, Instagram juga turut membawakan penambahan kepada sebuah efek baru, dinamakan sebagai “MayFair”.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda, disamping berkongsi gambar-gambar menarik melaluinya.

Muat-Turun Instagram 3.4.1 untuk iOS


Muat-Turun Instagram 3.4 untuk Android


TIPS & ULASAN