Samsung Menyaman Apple Di Korea Atas Kaedah Notifikasi Dipaparkan

Samsung Menyaman Apple Di Korea Atas Kaedah Notifikasi Dipaparkan

Diterbitkan pada Dis 24, 2012 oleh .

Adakah kes saman-menyaman akan berterusan sepanjang 2013?Sepanjang tahun 2012, pelbagai kes saman telah kedengaran, dan nampaknya perkara sama akan berlanjutan sepanjang 2013, apabila kini Samsung telah pun memfailkan saman terhadap Apple di Korea Selatan.

Samsung menyaman Apple ke atas penggunaan pusat notifikasi di iOS, namun tidak diketahui sama ada Samsung sendiri ataupun gergasi dari Korea ini menggunakan paten Google dalam menyamannya.

Sehingga hari ini, ramai yang memperdebat sistem operasi manakah yang menggunakan pusat notifikasi terlebih dahulu. Namun, seperti biasa, implementasi pusat notifikasi pada iOS sering dikaitkan dan dikatakan diambil daripada Android.

Apple telah memperkenalkan sokongan Notification Center pada iOS 5 yang diperkenalkan pada tahun 2011.


TIPS & ULASAN