Cari @ Amanz

Pada Facebook, halaman Activity Log adalah salah satu fungsi yang amat berguna, membolehkan para pengguna mengetahui aktiviti mereka pada laman sosial terkemuka itu dengan mudah. Kini kelihatan, Facebook telah pun mengemaskini antaramuka, dan memberikan nafas baru untuknya.

Facebook Activity Log

Daripada antaramuka baru ini, ia kelihatan pengguna dengan mudah boleh mengetahui pelbagai aktiviti mereka berbanding sebelumnya. Navigasi juga disusun dengan rapi, membolehkan pengguna apakah gambar-gambar yang ditag dengan nama mereka, Likes dan komen yang ditinggalkan, dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, Facebook kelihatan kini menyimpan log carian yang dilakukan pada laman tersebut.

Antaramuka baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan sekiranya anda tidak melihatnya hari ini, mungkin akan menerimanya tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya halaman profil sahaja kelihatan menerima rekabentuk baru ini, dan mungkin kelak Facebook Pages turut sama akan menerima kemaskini serupa.

  • Info
  • Anda boleh mengakses halaman Activity Log dengan klik pada pautan Activity Log yang terdapat pada bahagian kanan nama anda pada profil Timeline di Facebook.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd