VLC Untuk Windows 8 Mencapai Sasaran Dana Yang Diperlukan Di Kickstarter

VLC Untuk Windows 8 Mencapai Sasaran Dana Yang Diperlukan Di Kickstarter

Diterbitkan pada Dis 24, 2012 oleh .

Setelah memulakan pengumpulan dana untuk pembangunan pemain media VLC yang dioptimasikan untuk Windows 8, akhirnya hari ini mereka mencapai sasaran untuknya, dan mengumumkan beberapa perkara baru yang bakal disertakan bersama-samanya kelak.

VLC Media Player Untuk Windows 8

VLC Media Player Untuk Windows 8

Daripada kemaskini yang dikeluarkan oleh pembangun VLC melalui halaman Kickstarter, ia kelihatan mereka turut kini merancang untuk memperkenalkannya pada Windows Phone, disamping bakal membawakan beberapa sokongan tambahan pada perisian pemain media untuk Windows RT.

Antara sokongan baru yang bakal disertakan pada VLC untuk Windows 8 ini adalah termasuk sokongan input kamera yang membolehkan pengguna merakamkan sebarang perkara dan stream ia secara langsung, sokongan integrasi klien dan pelayan DLNA, dan juga sokongan Smartglass.

Segala dana yang terkumpul ini akan membolehkan pembangun VLC membangunkan pemain media VLC untuk Windows 8 dengan lebih pantas.

Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini untuk pelancarannya, namun kita mungkin boleh melihatnya dalam bulan Februari 2013 kelak.


TIPS & ULASAN