Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, bagi para pengguna BlackBerry PlayBook, sekiranya mereka ingin bersembang dengan rakan-rakan melalui BlackBerry Messenger, mereka perlu bergantung kepada BlackBerry Bridge. Namun, nampaknya perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi.

BlackBerry PlayBook

Daripada beberapa gambar awal yang kini kelihatan di arena web, ia diperkatakan pihak RIM sedang menyiapkan aplikasi natif untuk BlackBerry Messenger bagi pengguna PlayBook.

Kesahihan perkara ini, dan sekiranya benar, bilakah ia akan dilancarkan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Mungkinkah pihak RIM mempunyai kejutan selain BlackBerry 10 pada bulan Januari kelak?

TIPS AWAL DARIPADA REX

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd