Cari @ Amanz

Upin & Ipin SpotterBagi para peminat animasi tempatan, terutamanya Upin dan Ipin, mungkin sedia maklum, Les Copaque telah mengeluarkan beberapa permainan untuknya sebelum ini, dan dua permainan yang terlepas kami pandang adalah permainan PZD Spotter dan juga Upin & Ipin Spotter.

Kedua-dua permainan ini membawakan konsep permainan spot-the-difference, membolehkan para pengguna mencari perbezaan antara dua gambar yang dipaparkan, yang mana diambil daripada animasi Upin dan Ipin dan juga Pada Zaman Dahulu.

Kedua-dua permainan ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna iPad, dan sekiranya anda mempunyai adik atau anak kecil, mungkin boleh memasangkan ia pada iPad, dan bermain bersama-sama dengan mereka.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd