Sejak pelancaran Windows Phone 8 pada penghujung Oktober yang lepas, apa yang dinantikan pengguna Windows Phone sedia ada adalah kemaskini untuk Windows Phone 7.8. Selain laporan yang mengatakan peranti Nokia akan menerima awal tahun hadapan, kini Samsung mengatakan semua peranti mereka akan menerimanya.
Samsung dilaporkan telah mengesahkan yang mana semua peranti Windows Phone 7.5 sedia ada daripada mereka akan menerima kemaskini Windows Phone 7.8. Namun, bilakah ia akan menerimanya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan lebih lambat berbanding dengan Nokia.
Pada masa yang sama, ia juga masih tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung akan melancarkan peranti ATIV S mereka dengan Windows Phone 8 untuk pasaran Malaysia.