Cari @ Amanz

Ura-ura mengenai Acer bakal hadir dengan tablet murah bukanlah sesuatu yang baru, dan kini WSJ turut sama melaporkan mengenainya, mengatakan Acer akan memperkenalkan tablet Android berharga sekitar $99 (~RM303) pada awal tahun hadapan.

Tablet Acer $99

Tablet yang dipanggil sebagai Iconia B1 itu dikatakan bersaiz sekitar 7-inci dengan resolusi 1024×600 pixel serta dijana menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz padanya.

Selain daripada versi Android, Acer juga turut dikatakan akan hadir dengan tablet Windows 8 berasaskan cip pemprosesan Intel pada awal tahun hadapan, dengan harga yang murah berbanding sedia ada.

Namun, ia tidak diketahui sama ada harga jualannya akan berubah kelak apabila dilancarkan di Malaysia, ataupun mengekalkan harga yang sama untuk jualan di seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd