iPad Generasi Ke-5 Akan Hadir Seawal Mac 2013?

iPad Generasi Ke-5 Akan Hadir Seawal Mac 2013?

Diterbitkan pada Dis 24, 2012 oleh .

iPad sebelum ini dikeluarkan hanya setahun sekali sahaja, namun Apple seperti telah mengubahnya pada tahun ini, dengan mengumumkan iPad generasi ke-empat selepas beberapa bulan iPad generasi ketiga diumumkan. Kini ura-ura mengenai iPad generasi akan datang telah pun mula kedengaran.

Ia dikatakan iPad generasi kelima ini kelak akan membawakan rekabentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding sedia ada, termasuk membawakan beberapa ciri-ciri seperti pada iPad Mini padanya.

Laporan sebelum ini mengatakan iPad generasi baru akan hadir pada pertengahan 2013, dan kini laporan baru mengatakan ia akan diperkenalkan pada Mac 2013.

Sumber laporan kali ini hadirnya daripada Macotakara yang mana telah melaporkan beberapa perkara dengan tepat sebelum ini seperti berkaitan dengan iPod Touch dan juga iPod Nano.

Sekiranya ini benar, adakah kita akan dapat melihat pelbagai peranti Apple yang lain turut menerima kemaskini lebih pantas berbanding kemaskini tahunan yang menjadi kebiasaan?


TIPS & ULASAN