Gambar Peranti BlackBerry 10 Dengan Papan Kekunci QWERTY Mula Kelihatan

Gambar Peranti BlackBerry 10 Dengan Papan Kekunci QWERTY Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Dis 24, 2012 oleh .

BlackBerry Siri-NSebelum ini kita telah melihat beberapa gambar peranti BlackBerry Z10 dan juga bahagian belakang untuk peranti QWERTY? Jadi, bagaimana pula ia kelihatan daripada bahagian hadapan?

Kini sebuah gambar peranti QWERTY daripada siri-N tertiris ke arena web, memperlihatkan bagaimanakah peranti BlackBerry 10 dengan papan kekunci fizikal akan kelihatan.

Namun, seperti biasa, ia masih tidak diketahui sama ada ianya merupakan peranti akhir yang bakal dijual ataupun adalah peranti Dev Alpha C yang akan ditawarkan untuk para pembangun.

Daripada apa yang kelihatan, ia tidak menyertakan sebarang trackpad, sekaligus memberikan idea yang mana ia akan menggunakan skrin sentuh seperti yang terdapat pada Bold sebelum ini.

RIM akan mengumumkan BlackBerry 10 secara rasmi pada 30 Januari 2013 kelak, dimana dua peranti baru akan diumumkan pada hari tersebut.

TERIMA KASIH REX


TIPS & ULASAN