Carian
Yahoo! Menawarkan Langganan Flickr Pro Percuma Selama Tiga Bulan
December 25, 2012 Aman

Salah satu cara bagaimana Yahoo! menjana pendapatan daripada Flickr adalah dengan menjual akaun Flickr Pro. Menariknya, bersempena dengan musim cuti kali ini, Yahoo! menawarkan langganan percuma selama tiga bulan untuk Flickr Pro bagi semua pengguna.

Flickr Holiday

Dengan menggunakan Flickr Pro, pengguna boleh memuat-naik gambar dan video tanpa had ke Flickr, selain boleh ditempatkan di lebih 60 groups tanpa sebarang masalah.

Walaubagaimanapun, Yahoo! tetap menekankan yang mana jangan menyalah-guna platform mereka, dan mereka akan kekal memantau penggunaan akaun Flickr Pro para pengguna mereka.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Flickr Pro hari ini sehingga 4 Januari kelak, dan menikmati langganan percuma selamat tiga bulan untuknya.

Komen