Cari @ Amanz
  • Amaran
  • Kemaskini (27 Disember) : P1 yang sebelum ini mengatakan akan melancarkan pada 27 Disember, kini pada hari ini (27 Disember) mengatakan mereka terpaksa menangguhkan pelancarannya. Tiada sebarang sebab diberikan oleh mereka

P1, dalam usaha memperluaskan perkhidmatan mereka, hari ini mengumumkan yang mana para pengguna di Kuching kelak akan dapat menggunakan perkhidmatan mereka bermula daripada esok, apabila kini P1 melancarkan perkhidmatan tersebut untuk pengguna di sana.

Untuk permulaan, P1 memperkenalkannya kepada lebih kurang 3000 lokasi disekitar Padungan Bazaar, Sekama Bazaar, Jalan Foocho dan Bormill Estate. Menurut P1, mereka bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan mereka meliputi 60% daripada Kuching menjelang pertengahan tahun hadapan, dan memperkenalkannya di Miri, Sibu, dan Bintulu menjelang September 2013.

Akhir-akhir ini, P1 menghadapi masalah beberapa kali dalam sambungan internet mereka, membuatkan ramai yang tidak dapat mengakses internet untuk suatu masa yang agak lama, sekaligus menjejaskan beberapa perniagaan, terutamanya yang bergantung kepada internet.

Selain daripada P1, terdapat beberapa syarikat lain yang turut menawarkan perkhidmatan mereka di Kuching, selain tahun 2013 yang bakal memperlihatkan beberapa syarikat memperkenalkan sokongan LTE untuk pengguna mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd