Cari @ Amanz

Canonical pada tahun ini telah memperlihatkan beberapa perkara baru yang mana masih belum dilancarkan secara rasminya seperti UbuntuTV, Ubuntu untuk Android dan lain-lain. Terkini, Mark Shuttleworth, pengasas Ubuntu turut berkongsi perancangan beliau untuk tahun hadapan – 2013.

Salah satu dan yang utama adalah dalam membawa Ubuntu kepada lebih banyak saiz peranti. Baru-baru ini mereka telah pun memulakan ujian Ubuntu pada Nexus 7, sekaligus menyediakan antaramuka Unity yang digunakan untuk dioptimasikan pada skrin bersaiz kecil, dan menjadikannya lebih mesra skrin sentuh.

Disamping membawakan Ubuntu kepada telefon pintar dan tablet, Ubuntu juga dilihat akan lebih memfokuskan kepada perkomputeran awan, sekaligus menjadikan pengguna lebih mudah berkongsi dan mengakses fail mereka daripada pelbagai jenis peranti dan platform.

Ubuntu 13.04 bakal dilancarkan kepada umum pada April 2013 kelak, dimana kita akan dapat melihat beberapa implementasi awal Canonical padanya. Sama-sama kita nantikan perkembangan positif Ubuntu yang sekaligus akan memberikan impak kepada komuniti sumber terbuka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd