Nexus 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Januari – Berharga RM1599 Untuk 16GB?

Nexus 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Januari – Berharga RM1599 Untuk 16GB?

Diterbitkan pada Dis 27, 2012 oleh .

Nexus 4 - PratempahanPelancaran peranti Nexus 4 adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai. Ketika kami hubungi pihak LG, mereka mengatakan ia akan hadir pada bulan Januari, dan kini, stringfellow melalui forum Lowyat, berkongsi beberapa info berkenaan dengannya.

Daripada apa yang dikongsikan, LG Nexus 4 dikatakan akan dilaporkan seawal 7 atau 8 Januari 2013 kelak, dan akan ditawarkan pada harga RM1599 untuk versi 16GB. Beliau turut berkongsi akan gambar daripada kedai Hotspot yang telah mula akan pra-tempahan untuknya.

Turut dikongsikan adalah dikatakan DiGi bakal turut menawarkan peranti tersebut, dimana seperti biasa, melalui pakej telekomunikasi, kita akan dapat melihat harga peranti yang lebih murah untuk komitmen bulanan. Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak LG yang mungkin kita akan ketahui tidak lama lagi.

LG Nexus 4 merupakan peranti dengan sokongan rasmi daripada Google, membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×768 pixel (320PPI), cip pemprosesan Qualomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean padanya.


TIPS & ULASAN