BBM Video Chat Pada BlackBerry 10 Bakal Membawakan Sokongan Perkongsian Fail

BBM Video Chat Pada BlackBerry 10 Bakal Membawakan Sokongan Perkongsian Fail

Diterbitkan pada Dis 27, 2012 oleh .

BlackBerry 10 bakal dilancarkan oleh RIM pada penghujung bulan Januari kelak, dimana salah satu fungsi yang dikatakan akan diperkenalkan pada platform tersebut adalah sokongan panggilan video dikalangan rakan-rakan BlackBerry Messenger.

Fungsi yang dikatakan sebagai BBM Video Chat ini dikatakan bakal membawakan bersama-sama salah satu fungsi yang menarik, membolehkan pengguna berkongsi fail antara satu sama lain dengan pantas, dan pada masa yang sama berkongsi paparan skrin dengan pemanggil yang lain.

BBM Video Chat

BBM Video Chat

Perkara ini sekaligus akan membantu pengguna dalam membuat kerja harian pejabat mereka dengan lebih pantas, berbanding menantikan rakan sekerja hadir ke pejabat dan sebagainya.

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan fungsi ini tidak akan diperkenalkan ketika BlackBerry 10 dilancarkan, tetapi akan diperkenalkan beberapa minggu selepas itu dalam bentuk kemaskini untuk pengguna.


TIPS & ULASAN