Pengguna Boleh Membuat Laporan Polis Melalui Portal Internet Khas Pada Tahun Hadapan

Pengguna Boleh Membuat Laporan Polis Melalui Portal Internet Khas Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 27, 2012 oleh .

PDRM MalaysiaPada hari ini, untuk membuat laporan polis agak memakan masa disebabkan keperluan pengguna untuk hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan dan sebagainya. Namun, segalanya akan berubah pada tahun hadapan.

Menurut PDRM, mereka kini dalam peringkat akhir persediaan untuk memperkenalkan portal laporan atas-talian, sekaligus memudahkan para pengguna seluruh Malaysia dengan mudah dan pantas membuat laporan kepada pihak polis dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Daripada apa yang dikongsikan, portal tersebut sedang dibangunkan oleh MAMPU dan dijangka akan dapat digunakan bermula tahun hadapan.

Perkara ini juga dijangka akan menjadikan para pengguna tempatan lebih yakin dan berani dalam melakukan laporan salah laku kepada pihak berkuasa, apatah lagi dengan keperluan tidak perlu hadir ke balai polis dan sebagainya.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN