Lycos Bakal Hadir Dengan Enjin Carian Baru Pada Tahun 2013?

Lycos Bakal Hadir Dengan Enjin Carian Baru Pada Tahun 2013?

Diterbitkan pada Dis 27, 2012 oleh .

Masihkah anda ingat dengan Lycos.com?Pada sekitar penghujung 90-an, salah satu perkhidmatan yang popular adalah Lycos. Walaupun ia kian dilupakan ramai, namun ia tidak menghentikan Lycos untuk terus mencuba nasib mereka, dimana pada tahun 2013 kelak, mereka dikatakan akan hadir dengan fokus kepada enjin carian.

Melalui laporan daripada TNW, mereka berkongsi akan yang mana halaman web Lycos baru kelak akan menawarkan beberapa kandungan menarik pada halaman utama mereka, selain turut menyertakan sokongan carian dan sebagainya melalui halaman utama mereka. Lycos dikatakan akan memfokuskan kepada mempamer dan mempertontonkan hasil carian yang berguna untuk seseorang pengguna melalui antaramuka yang kemas dan berbeza daripada Google.

Apa yang membezakan Lycos dengan pelbagai enjin carian lain adalah penyertaan thumbnail bersebelahan dengan keputusan carian, memudahkan pengguna membezakan laman-laman yang tidak berkualiti dengan mudah. Perubahan yang bakal dibawakan oleh Lycos semestinya dinantikan ramai pengguna internet yang masih mengingati enjin carian tersebut.


TIPS & ULASAN