Cari @ Amanz

Umum mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan aplikasi BlueStacks, yang mana membolehkan aplikasi Android dijalankan pada desktop dengan mudah. Setelah pada bulan Jun yang lepas memperkenalkan versi Alpha untuk pengguna Mac, hari ini, mereka hadir dengan versi Beta untuk Mac.

BlueStacks AppPlayer

Melalui BlueStacks AppPlayer versi beta untuk Mac, ia kini membolehkan para pengguna Mac OS X mengakses lebih daripada 750,000 aplikasi Android dan menggunakannya pada Mac dengan mudah.

Pada awal Disember ini, pembangunnya berkongsi yang mana pemasangan BlueStacks AppPlayer pada desktop telah pun melangkaui lebih daripada 5 juta pemasangan, dan angka ini dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

Bagi para pengguna Mac yang berminat, anda boleh memuat-turun BlueStacks AppPlayer secara percuma hari ini, dan mencuba aplikasi Android terus pada komputer anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd