Instagram Berkongsi Lokasi Paling Popular Dalam Merakamkan Gambar Sepanjang 2012

Instagram Berkongsi Lokasi Paling Popular Dalam Merakamkan Gambar Sepanjang 2012

Diterbitkan pada Dis 28, 2012 oleh .

Pada Instagram, salah satu fungsi yang menarik adalah sokongan geolokasi, membolehkan mereka memantau lokasi dari mana sesuatu gambar dirakam dan dikongsikan, dan daripada senarai yang dikeluarkan mereka, Thailand mendahului pelbagai lokasi yang lain.

Instagram 2012Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Instagram, ia didahului oleh Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, dan diikuti beberapa lokasi yang lain, iaitu:

  1. Suvarnabhumi Airport (BKK), Thailand
  2. Siam Paragon, Thailand
  3. Anaheim, California
  4. Times Square, New York City
  5. AT&T Park, San Francisco
  6. Los Angeles International Airport (LAX)
  7. Dodger Stadium, Los Angeles
  8. Eiffel Tower, Paris
  9. Staples Center, Los Angeles
  10. Santa Monica Pier, Los Angeles

Memandangkan bukan semua pengguna yang tag gambar mereka dengan lokasi, mungkin data yang dikongsikan kurang tepat. Namun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat Asia Tenggara mendahului pelbagai lokasi yang lain, sekaligus memperlihatkan potensi pengguna daripada rantau ini.


TIPS & ULASAN