Samsung Galaxy S4 Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada April 2013?

Samsung Galaxy S4 Dilaporkan Bakal Dilancarkan Pada April 2013?

Diterbitkan pada Dis 28, 2012 oleh .

Dengan hampirnya tahun baru – 2013, semestinya ramai yang menantikan kemaskini peranti keluarga Galaxy daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy S4. Seperti beberapa ura-ura sebelum ini, kini ia diperkatakan Galaxy S4 akan hadir pada bulan April 2013 kelak.

Namun mengikut ura-ura terbaru, ia dikatakan skrin yang dibawakan pada Galaxy S4 ini kelak akan mesra S-Pen. Ia masih tidak diketahui kesahihannya, memandangkan S-Pen merupakan salah satu eksklusiviti yang terdapat pada keluarga Galaxy Note, dan mungkin perkara ini tidak tepat.

Daripada beberapa ura-ura yang kedengaran sebelum ini, ia diperkatakan Galaxy S4 akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi HD penuh, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan ARM berteknologi big.LITTLE yang mana akan membuatkan peranti tersebut menggunakan cip A7 untuk pemprosesan asas dan A15 untuk pemprosesan tinggi.

Dari segi kamera, ia diperkatakan Galaxy S4 akan dilengkapi dengan kamera 13-megapixel padanya, dan mungkin akan membawakan rekabentuk badan yang sedikit tebal berbanding sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN