Lelong.my Mensasarkan Transaksi Jualan Bernilai RM500 Juta Untuk Tahun 2013

Lelong.my Mensasarkan Transaksi Jualan Bernilai RM500 Juta Untuk Tahun 2013

Diterbitkan pada Dis 29, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, salah satu laman jual beli popular di Malaysia adalah Lelong.my, yang mana mereka telah pun menandatangani perjanjian kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia baru-baru ini.

TM dan Lelong.MY

Buat masa ini, Lelong.my berkongsi mengatakan nilai transaksi jualan yang dilakukan melalui laman mereka adalah antara RM200 juta ke RM250 juta. Selain nilai transaksi, Lelong.my juga mensasarkan yang mana mereka bakal mempertingkatkan penjual aktif di laman mereka kepada lebih 15,000 penjual dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Peningkatan ini disasarkan oleh Lelong.my, apatah lagi dengan lebih ramai yang mula membuat belian atas-talian, dan lebih banyak penjual yang menawarkan produk mereka di arena web ini.

Pihak PayPal sendiri sebelum ini mensasarkan yang mana menjelang tahun 2015 kelak, angka jual-beli di Malaysia akan mencapai nilai lebih RM3.5 billion, sekaligus memperlihatkan potensi yang disediakan oleh dunia e-dagang di Malaysia.


TIPS & ULASAN