Cari @ Amanz

Angka aplikasi yang diterbitkan para pembangun khas untuk Windows 8 melalui Windows Store memperlihatkan peningkatan positif dari hari ke hari. Mengikut angka terkini yang dikongsikan, ia dilaporkan telah melangkaui angka 35,000 aplikasi padanya.

Angka ini dikongsikan oleh laman MetroStore Scanner, dimana secara purata, ia memperlihatkan penambahan aplikasi sekitar 415 aplikasi baru setiap hari.

Namun, seperti biasa, tidak semua aplikasi yang boleh diakses oleh semua pengguna, memandangkan sesetengah daripadanya yang dihadkan kepada faktor geografi, membuatkan hanya sesetengah daripadanya sahaja dapat diakses semua.

Dengan permulaan tahun 2013, angka aplikasi ini dijangka akan terus meningkat, dan mungkin mencapai sekitar 50,000 aplikasi pada bulan Februari 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd