Carian
Hyundai Ingin Menggantikan Kunci Kereta Dengan Penggunaan Teknologi NFC
December 30, 2012 Aman

Hyundai - NFCTeknologi NFC masih lagi baru, dan kini kian popular di kalangan pengguna peranti mudah-alih untuk memudahkan mereka menghantar dokumen, data dan sebagainya, selain membuat pembayaran di beberapa negara. Namun, potensi besarnya mungkin kita akan dapat lihat dalam setahun dua lagi.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Hyundai, mereka kelak ingin mengintegrasikan sokongan NFC pada kereta mereka, seawal keluaran tahun 2015 kelak.

Dengan menggunakannya, para pengguna boleh kunci dan membuka kereta mereka dengan meletakkan telefon pintar pada tag-NFC khas, sekaligus menggantikan penggunaan kunci tradisional pada masa sekarang ini.

Dan lebih daripada itu, ia juga dikatakan mungkin kelak segala lagu dan sebagainya akan di sync secara automatik pada pemain didalam kereta, dan mungkin pengguna turut sama boleh mengecas bateri telefon pintar mereka dengan mudah didalam kereta melalui penggunaan teknologi pengecasan tanpa wayar.

Segalanya bukanlah sesuatu yang mustahil melalui teknologi sedia ada pada hari ini, dan mungkin dengan masa yang berlalu pantas, kita akan melihat kereta dengan konsep seumpamanya tidak lama lagi.

Komen