Cari @ Amanz

Terdapat ratusan malah ribuan aplikasi dan perisian untuk Windows pada hari ini, yang mana mungkin agak menyukarkan pengguna sekiranya ingin mendapatkan sesuatu aplikasi dan perisian itu. Untuk memudahkannya, salah satu perisian yang berguna adalah DDownloads.

DDownloads

DDownloads merupakan perisian ringkas, yang mana memudahkan pengguna mengakses kepada ribuan aplikasi, dan memuat-turunnya terus dengan mudah.

Daripada aplikasi DDownloads, ia menawarkan antaramuka yang ringkas, dan menyusun pelbagai aplikasi dan perisian mengikut kategori masing-masing, daripada perisian antivirus sehinggalah kepada pelayar web, membuat salinan pendua dan sebagainya.

Pengguna juga boleh memilih sama ada ingin memuat-turun aplikasi desktop ataupun yang berbentuk portable melaluinya.

DDownloads

DDownload boleh digunakan pada Windows XP, Vista, Windows 7 dan juga 8, dimana ia menyokong versi 32-bit dan juga 64-bit. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya, dan menggunakannya pada komputer anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd