Pada Windows, terdapat pelbagai aplikasi dan perisian yang membolehkan seseorang pengguna untuk mengetahui aplikasi yang berjalan dan memori yang digunakan, terutamanya, Task Manager sendiri yang menawarkan pelbagai info untuk perkara ini.
Namun, bagi mereka yang ingin memantau jumlah penggunaannya sepanjang masa, dan tidak ingin membuka tetingkap khas untuknya, salah satu perisian berguna adalah MemInfo.
MemInfo menambah sebuah ikon kecil pada bahagian Task Bar di Windows, dan memperlihatkan angka penggunaan RAM yang dikemaskini dalam bentuk masa-nyata.
Pengguna juga boleh klik padanya dan melihat sepuluh aplikasi teratas yang menggunakan RAM dengan tinggi pada bila-bila masa, dan mematikan ia terus melaluinya, sekaligus mengosongkan lagi penggunaan memori RAM komputer anda.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun MemInfo untuk komputer Windows anda, dan mula memantau penggunaan RAM dengan mudah.
- Muat-Turun MemInfo untuk Windows