Dengan pelbagai gambar peranti BlackBerry Z10, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah peranti QWERTY yang dijana menggunakan BlackBerry 10 kelak akan kelihatan.
Sekiranya sebelum ini, beberapa gambar yang agak pudar diperlihatkan, kini laman N4BB berkongsi gambar peranti BlackBerry 10 dari siri-N yang lebih jelas berbanding sebelumnya.
Walaubagaimanapun, ia hanya peranti ujian sahaja, dan mungkin versi akhirnya kelak akan membawa sedikit perubahan daripada apa yang diperlihatkan.
Jadi, apa kata anda berkenaan gambar peranti yang diperlihatkan ini?