Cari @ Amanz

InstallousBagi mereka yang jailbreak peranti iOS, mungkin sedia mengenali akan Installous yang membolehkan pengguna memasang aplikasi secara “haram”, dan pasukan disebaliknya kini mematikan sokongan untuknya.

Perkara ini sekaligus membawa kepada kebaikkan, dan mengurangkan kadar aplikasi cetak rompak yang dipasang pengguna iOS secara amnya.

Beberapa pengguna jailbreak peranti mereka disebabkan kebolehan memasang aplikasi secara tidak sah ini, dan sering memberikan kesan yang negatif kepada para pembangun. Dengan berhentinya Hackulous dan juga Installous ini, ia sekaligus memberikan kesan yang positif, dan membolehkan para pengguna menyokong pembangun dengan membeli aplikasi mereka secara sah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd