Zynga Mematikan Beberapa Permainan, Termasuk PetVille Dan Mafia Wars 2

Zynga Mematikan Beberapa Permainan, Termasuk PetVille Dan Mafia Wars 2

Diterbitkan pada Dis 31, 2012 oleh .

zyngaBagi kebanyakkan pengguna laman sosial seperti Facebook dan lain-lain, mungkin sedia kenali akan permainan daripada Zynga yang popular seperti FarmVille dan sebagainya. Kini, dalam usaha mengurangkan kos operasi, mereka mengumumkan untuk mematikan beberapa pemainan yang ditawarkan mereka.

Antara permainan yang akan dimatikan adalah termasuk PetVille, Mafia Wars 2, Indiana Jones Adventure World, FishVille, Vampire Wars, Treasure Isle, Montopia, dan beberapa yang lain.

Walaupun ia tidak memberikan kesan serius kepada para pemain, Zynga kelihatan agak sukar untuk terus mengekalkan momentum pada beberapa permainan baru mereka. Walaupun mematikan pelbagai permainan ini, Zynga masih mempunyai lebih 30 permainan yang ditawarkan pada Facebook, Zynga.com dan beberapa aplikasi mudah-alih mereka.

Mungkinkah, kelak pada tahun hadapan Zynga akan menghadapi masalah yang lebih serius?


TIPS & ULASAN