Cari @ Amanz

Walaupun pada tahun ini, peranti Tizen daripada Samsung dinantikan ramai, tetapi ia tidak dipasarkan ataupun diumumkan sehingga hari ini. Mengikut laporan terkini, ia dikatakan Samsung akan mengumumkannya pada awal tahun hadapan kelak.

Tizen Dari Samsung

Tizen merupakan salah satu sistem operasi mudah-alih yang mendapat sokongan ramai, dan antaranya adalah termasuk Samsung, Vodafone dan juga DoCoMo, serta dihoskan oleh Linux Foundation.

Berbeza dengan Android, Tizen memfokuskan kepada sumber terbuka sepenuhnya, dan bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar, tetapi turut sesuai digunakan pada televisyen dan juga tablet.

Jadi, adakah peranti Tizen akan mendapat permintaan pengguna pada tahun hadapan, ataupun sebaliknya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd