Setelah empat tahun dikenali sebagai Domain Registry.my sejak dijenamakan semula pada 2009, MYNIC Berhad atau lebih dikenali sebagai MYNIC yang mana merupakan satu-satunya badan pendaftar tunggal alamat Internet .my hari ini telah melakukan penjenamaan identiti dari aspek nama, logo dan juga slogan perniagaan yang baharu – Memacu ePerniagaan.
Turut dilancarkan bersama-sama dengan logo yang baharu ialah rekabentuk halaman web rasmi baru yang mana membawakan pengalaman penggunaan yang lebih mesra pengguna.
MYNIC dalam perkembangan lain turut mengatakan sehingga kini, terdapat 208,599 alamat Internet .my didaftarkan yang mana mempunyai peningkatan sebanyak 41.6% dan turut mensasarkan lebih 500,000 alamat Internet.my didaftarkan menjelang awal 2016 kelak.