TuneTalk Menawarkan Pakej Komunikasi Belia Bermula RM20 Sebulan

TuneTalk Menawarkan Pakej Komunikasi Belia Bermula RM20 Sebulan

Diterbitkan pada Dis 31, 2012 oleh .

Dalam usaha kerajaan untuk mempromosi gaya hidup digital kepada belia, kerajaan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan dalam menawarkan pelan bulanan yang mampu milik, disamping didatangkan dengan pelbagai pilihan peranti pintar berharga bawah RM500.

TuneTalk - Pakej Belia

Dan sebagai permulaan, pihak TuneTalk telah pun mengeluarkan pakej rasmi mereka, menawarkan pelan bulanan berharga RM20 yang membawakan penggunaan sebanyak 300MB data, masa panggilan selama 30 minit dan 30 SMS percuma padanya. Menariknya, TuneTalk menawarkan Pakej Komunikasi Belia ini secara percuma untuk bulan pertama.

Apa yang menariknya, selain daripada pelbagai peranti yang ditawarkan oleh TuneTalk, salah satunya adalah BlackBerry Torch 9800, membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM299 selepas diskaun RM200.

TuneTalk - Peranti PKB

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri hari ini pada laman rasmi SKMM, ataupun merujuk kepada laman TuneTalk untuk maklumat lanjut.

Kemaskini (02 Januari 2013) : Kelihatan pihak TuneTalk tidak lagi menyertakan peranti BlackBerry pada tawaran mereka untuk Pakej Komunikasi Belia

Tips daripada Aidil


TIPS & ULASAN